News Details

AlloyMtd terus bantu mangsa banjir
Date: Sunday, 12 January 2014
Category: Publication – Sinar Harian

Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Sekolah Kebangsaan Bukit Kuin, Kuantan, Monalita Mat Nih (dua, kiri) menerima set peralatan sekolah daripada Ketua Jabatan Komunikasi, AlloyMtd Fazlyaton Hussein (dua, kanan).

KIRA-KIRA 40,000 mangsa banjir di Pahang menerima mendapat sinar harapan apabila Kumpulan AlloyMtd menyumbang RM100,000 kepada kerajaan negeri dalam sokongan kepada usaha-usaha pemulihan.

Sumbangan diserahkan Pengarah, Kumpulan AlloyMtd Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail pada majlis penyerahan cek di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, di Kuantan.

"Kami berasa terpanggil untuk sama-sama membantu meringankan beban mereka. Bantuan ini sebahagian daripada sumbangan korporat dalam memperbaiki kehidupan komuniti di sini.

"Ini adalah lawatan kedua kami ke Kuantan untuk memberi sumbangan kepada mangsa banjir. Kami berasa ia adalah penting untuk memberi bantuan berterusan di mana keadaan penduduk masih lagi belum pulih," katanya.

Majlis itu jugs menyaksikan AlloyMtd menaja 500 set baju dan peralatan persekolahan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Kuin, Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Rangin dan Rumah Anak-Anak Yatim Permata Al-Insyirah di Kuantan yang teruk dilanda banjir.