News Details

AlloyMtd bangunkan RGC kedua di Palayan
Date: Saturday, 06 December 2014
Category: Publication – Utusan Malaysia
MANILA 5 Dis. – Syarikat pembangunan infrastruktur dari Malaysia, AlloyMtd terus mengorak langkah dalam meneroka pasaran serta peluang di Filipina apabila bakal membangunkan satu lagi projek Pusat Kerajaan Wilayah (RGC) iaitu di Palayan dekat Projek pembinaan pusat pentadbiran kerajaan setempat berkonsepkan Putrajaya di Malaysia itu merupakan yang kedua selepas RGC Calabarzon di Calamba City yang dirasmikan kelmarin.

Majlis pecah tanah pembinaan RGC kedua di Palayan itu telah berlangsung semalam yang menyaksikan AlloyMtd terns mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu pemain industri dari luar yang banyak mernbantu pembangunan di Filipina.

Majlis berkenaan dihadiri oleh Ketua Pegawai Ekselcutif dan Presiden Kumpulan AlloyMtd, Datuk Dr. Azmil Khalid; Ketua Pegawai Operasi dan Timbalan Presiden Kumpulan, Datin Nik Fuziah Nik Hussein serta Presiden MTD Filipina Incorporated, Isaac David.

RGC di Palayan bukan sahaja bakal menempatkan pusat pentadbiran kerajaan wilayah itu, tetapi turut meliputi pusat tumpuan perniagaan.

Pusat berkenaan juga dijangka’ rnenjadi lokasi tumpuan orang ramai apabila siap dibina nand kerana menggabungkan pusat pentadbiran dan juga perniagaan dalam satu tempat yang sama.

Selain itu, RGC tersebut juga bakal menempatkan sebuah hotel perniagaan yang mempunyal 75 bilik.
Pusat pentadbiran dan perniagaan setempat itu akan mula dibangunkan pada Januari 2015 dan menelan kos pembinaan berjumlah RM115 juta.

Terdahulu, Azmil yang ditemui pemberita menyifatIcan RGC sebagai satu elemen yang bakal memainkan peranan penting dalam pembangunan di Filipina.

“Pembinaan bangunan ini merupakan langkah yang bakal memberi impak besar kepada Filipina.

“Kami percaya RGC akan meningkatkan produktiviti memandangkan semuanya berada dalam satu pusat atau lokasi yang sama,” kata beliau.- UTUSAN