News Details

Diskaun tol 10 peratus
Date: Wednesday, 24 December 2014
Category: Publication – Harian Metro

Kuala Lumpur: Pengguna Touch ‘n Go dan SmartTag di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), akan menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus sernpena perayaan Krismas esok.

Pengarah ANIH Berhad, pemegang konsesi LPT, Nik Jauzi, Nik Hussein berkata pemberian diskaun itu akan bermula jam 12.01 pagi hingga jam 11.59 malam esok.

“Diskaun tol itu sebahagian daripada program tanggungjawab social syarikat agar pengguna dapat saling menziarahi orang tersayang dan sahabat handai pada musim perayaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini. semalam.

Katanya, program itu adalah usaha mempromosi bayaran tol secara elektronik agar pengguna dapat menikmati pemanduan lebih selesa.

Nik Fauzi turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati ketika pulang ke kampung halaman sempena musim cuti sekolah ini..

LPT bermula dari Gombak di Lembah Klang dan berakhir di Jabor, Terengganu. -BERNAMA