News Details

SKM bell bangunan Shell RM138 juta
Date: Monday, 19 May 2014
Category: Publication – KOSMO!

NIK FUZIAH (kanan) dan Nik Ali menandatangani perjanjian jual beli di Kuala Lumpur baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Syarikat infrastruktur multinasional, Kumpulan AlloyMtd menerusi anak syarikatnya, Alloy Properties Sdn. Bhd. menandatangani perjanjian jual beli dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Perjanjian tersebut adalah untuk transaksi jualan bangunan Shell Malaysia kepada SKM pada harga RM138 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini, bangunan Shell itu dimiliki oleh Kumpulan AlloyMtd sejak tahun 2003 dan ia menyewakan bangunan berkenaan kepada Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd. sehingga 15 Mac lalu.

Bangunan 12 tingkat itu terletak di Changkat Semantan, Bukit Damansara di sini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Presiden, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Kumpulan AlloyMtd, Datin Nik Fuziah Nik Hussein dan Pengerusi SKM, Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Selain pasaran tempatan, Kumpulan AlloyMtd turut aktif beroperasi di pasaran global.

Kumpulan berkenaan merupakan gabungan antara dua buah syarikat iaitu MTD Capital Berhad dan Alloy Consolidated Sdn. Bhd. yang mana ia memiliki rekod baik dalam pelbagai bidang seperti pembinaan dan kejuruteraan serta perkilangan.